6 KEPENTINGAN VITAMIN C DALAM BADAN


Biasanya jika kita sebut pasal Vitamin C, mesti terfikir untuk cantik je kan? 
Sebenarnya selain untuk kecantikan, ada banyak lagi kelebihan lain yang ada dalam vitamin C. Vitamin C merupakan salah satu vitamin asas yang wajib kita ambil setiap hari. 
"Vitamin C juga turut dikenali sebagai vitamin yang melakukan pelbagai kerja untuk badan."

6 KEPENTINGAN VITAMIN C DALAM BADAN

1. Sangat baik untuk melawan jangkitan. 

Ada orang yang sangat mudah jatuh sakit, tak kisah la batuk, selesma atau demam. Ini adalah disebabkan mereka mempunyai sistem imun tubuh yang sangat rendah.
Bila imun tubuh rendah, maka badan susah nak lawan jangkitan. Orang yang mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah amat mudah untuk dijangkiti sebarang penyakit walau hanya batuk dan selesma.
Jadi pastikan anda berusaha untuk tingkatkan sistem imun tubuh dengan mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari.

2. Mencantikkan Kulit

Kalau nak kulit yang berseri, cerah dan cantik pastikan makan Vitamin C. Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen. Sememangnya dalam tubuh kita dah ada kolagen. Ini kerana tubuh kita memang secara semulajadinya akan menghasilkan kolagen.
Tapi bila usia kita makin meningkat, terutamanya bila dah masuk umur 30an dan keatas penghasilan kolagen secara semulajadi akan semakin berkurangan. Sebaliknya akan berlaku kehilangan kolagen lebih kurang 1-4g/sehari.





Sebab tulah kita akan mula nampak garis-garis halus dan kedut sekitar mata. Garis senyum dan garis dahi juga semakin mudah dilihat.
Mengambil produk berasaskan kolagen amat elok untuk mengisi kembali lompong-lompong kolagen yang sudah hilang. Jika anda mengamalkan mana-mana produk kolagen, pastikan anda mengambil bersama-sama dengan vitamin C.
Kerana jika tidak diambil bersama-sama vitamin C, kolagen tidak akan dapat diserap secara optimum ke dalam badan.
Ingat! Vitamin C dan Kolagen adalah bestfriend. Jika makan kolagen tanpa Vitamin C, itu sia-sia. Sebaliknya, jika makan vitamin C tanpa kolagen, kira masih ok sebab badan kita masih mampu untuk hasilkan kolagen dari vitamin C yang kita makan tadi.
Jadi, penting tak untuk makan Vitamin C setiap hari anak-anak? 

3. Membantu Memusnahkan Radikal Bebas


Apa itu Radikal Bebas?
Radikal Bebas adalah salah satu punca utama penuaan kulit. Lebih menakutkan lagi, ianya adalah salah satu penyebab kanser. Radikal Bebas boleh terbentuk melalui beberapa faktor antaranya ialah gaya hidup yang tidak aktif, pemakanan yang tidak sihat, stress dan pencemaran.
Semua perkara diatas boleh menyumbang kepada pembentukan radikal bebas didalam badan.
Vitamin C sangat terkenal sebagai antioksidan. Ia berupaya untuk memusnahkan radikal bebas didalam badan kita.  Ia merupakan salah satu dari supplemen yang penting dalam melawan radikal bebas selain vitamin A dan Vitamin E.
Untuk perokok, anda sangat perlu untuk mengambil Vitamin C kerana aktiviti merokok itu sendiri sudah memusnahkan Vitamin C yang ada didalam badan anda.
Satu batang rokok yang anda hisap, boleh memusnahkan sehingga 50-100mg vitamin C dalam tubuh anda.
Persoalannya, berapa batang rokok yang anda hisap setiap hari?
Sama juga bagi anda yang bergaul dengan mereka yang merokok. Suami, rakan sekerja atau ahli keluarga yang merokok akan menjejaskan tahap kesihatan dan turut memusnahkan vitamin C dalam badan anda.

4. Membantu Memperbaiki Tisu Penghubung

Bila sebut pasal tisu penghubung, ia adalah berkaitan dengan kesihatan sendi kita. Ia membantu memperbaiki sel-sel kita termasuk tulang rawan, ligamen dan sebagainya.
Ini menjadikan Vitamin C sebagai salah satu supplemen yang penting untuk membantu mereka yang mengalami masalah Sakit Sendi. Ini disebabkan oleh kebolehan vitamin C untuk membentuk kolagen. Di mana kita sedia maklum, kolagen sangat penting untuk kesihatan sendi , masalah sakit lutut, ligamen terkoyak dan sebagainya.

5. Melindungi Salur Darah

Keupayaan vitamin C sebagai antioksidan membuatkan ia mampu melindungi salur darah kita daripada teroksida. Dalam erti kata lain, salur darah kita akan menjadi lebih anjal dan sihat.
Bila salur darah sihat dan anjal, pengaliran darah di dalam salur darah akan lebih baik. Bila darah mengalir dengan baik, tekanan darah kita juga akan menjadi normal dan sekaligus kita akan lebih sihat. Nampaknya mereka yang mempunyai masalah darah tinggi wajib makan vitamin C!

6. Membantu Penyerapan Zat Besi Dengan Lebih Baik

Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih optimum  ke dalam badan. Jika anda ingin memastikan keperluan zat besi anda mencukupi, pastikan anda mengambil tablet zat besi bersama-sama dengan vitamin C.

Terutamanya bagi ibu yang sedang hamil dan 

mengalami masalah low HB, pastikan anda mengambil 

vitamin C anda setiap hari. Jangan culas tau!


Apakah perbezaan Sustained Release Vitamin C Plus dan supplement Vitamin C lain?

☘️ Shaklee menghasilkan Vitamin C dari kanji jagung (corn starch) yang merupakan sumber asli Vitamin C.

☘️Kaedah Sustained Release ini membolehkan vitamin C diserap ke dalam badan sepanjang 5 jam untuk memastikan badan anda mengandungi Vitamin C disaat anda memerlukannya. Ia bersamaan dengan pengambilan 1.5 biji oren setiap jam selama 5 jam!!

☘️ SR Vitamin C ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex. Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin C.


Untuk order secara ONLINE, boleh click di bawah :


6 KEPENTINGAN VITAMIN C DALAM BADAN

Atau boleh whatsapp Fila terus di 0194617217

Afila Shaklee
Pengedar Sah Shaklee

Instagram & Facebook

Postage Setiap Hari

COD area Lunas, Kulim & Seberang Jaya


Thank You For Reading!






No comments:

Post a Comment

Holiday Di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut (Part 1)

Assalmualaikum & Salam Ceria semua! Agak bersawang dah blog nie sebab busy sesangat skrg nie..hehehe Entry kali nie dah berbula...