7 SEBAB MENGAPA SUPPLEMENT ATAU VITAMIN PENTING UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

Assalamualaikum & Hai semua.

Untuk kali nie Fila nak share pada korang mengapa supplement atau vitamin sangat penting untuk tubuh badan manusia.

 1) Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2) Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tub

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Oleh itu setiap manusia memerlukan vitamin di dalam tubuh badan. 

Di dalam produk Shaklee ada pelbagai vitamin yang di tawarkan. Antaranya adalah :

VITA-LEA


Vita-Lea adalah sejenis multivitamin and multimineral yang berupaya untuk melengkapkan nutrisi yang badan kita perlukan.

Bukan semua orang makan tiap-tiap hari ikut skema piramid makanan right? Let say lah hari nih kita makan lauk ayam, sayur and nasi. Ayam makan sampai dua ketul sayur pulak ambilnya sikit jer. Nampak tak kat situ dah tak seimbang? Buah-buahan tak makan. Di sini lah pentingnya kita ambil supplement sebagai pelengkap nutrisi.

Macam saya sendiri, sejak mengamalkan Vita-Lea nih badan terasa lebih bertenaga semasa berpuasa dan kurang rasa lapar. Tipu laa kalau kata tak letih langsung tapi sememangnya kurang letih and kurang rasa lapar seperti puasa-puasa tahun sebelumnya. Syukur Alhamdulillah.. Bila badan rasa lebih fresh macam nih for sure lah nak share dengan uols kann :)

Kelebihan Vita-Lea Shaklee

  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun berkerja seharian
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran semata (vegetarian) dan juga anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisme - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Secara umumnya, Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang.  Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi keperluan hampir keseluruhan badan kita. Berikut antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:


Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
  • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
  • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
  • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
  • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
  • Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
  • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
  • Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan iodin ini ada dalam Vita-Lea).

Selain itu juga, Vita-Lea adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim di mana even if kita kurang makan sebab diet, pengambilan Vita-Lea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang. Pregnant ladies and breastfeeding mommies sangat digalakkan untuk mengamalkan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi bagi mereka dan adalah penting untuk tumbesaran anak.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

OMEGA GUARD


Di dalam Omega Guard Shaklee ada terkandungnya Omega-3. 

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Antara Fungsi EPA:
 Mencegah penyakit berbahaya melibatkan sel
 Mencegah pembekuan darah
 Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
 Baik untuk kesihatan jantung
 Menghindar tekanan perasaan 

Antara Tugas DHA:
 Sesuai untuk pesakit asthma
 Meningkatkan daya seksual
 Mencegah sakit kulit
 Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
 Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?

MELINDUNGI JANTUNG

Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

 Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

ULTRARULEN & BERGRED FARMA SEUTIKAL

 Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semula jadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi.

EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

(Sumber : Shaklee Malaysia)


OSTEMATRIX


Kenapa Shaklee punya Calcium pills jauh lebih baik daripada yang lain?

Apa kelebihannya?


Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.


Manfaat Utama OsteMatrix Shaklee :
  • Menguatkan tulang – Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga m erawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas – Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress – Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid – Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh – Kalsium adalah mineral alkali, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula, kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi. Pengalkalian tubuh juga dapat memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
  • Vitamin D: Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.
  • Magnesium : Ini adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zinc, boron, manganes, kuprum: Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.
Bagaimana memilih kalsium premium?
Pilih lah produk yang ada vitamin D dan magnesium.

Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.

Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam peroses menyerap mineral

VITAMIN C 



Antara MANFAAT UTAMA pengambilan Vitamin C :

Merangsang Pembentukan COLLAGEN - Collagen ialah sebatian asas bagi otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab utama kepada masalah gusi berdarah, lebam pada kulit, lambat pulih dari kecederaan atau luka, kulit kering, ruam dan kulit kasar serta bersisik.

Meningkatkan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, meningkatkan pemulihan alergi pada hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

Memerangi CANCER - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan lebih berkesan.

Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kepada masalah jeragat.

Memperbaiki Insomnia - Vitamin C memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. Secara ringkasnya Vitamin C bertindak sebagai Anti-Stress.

Mengekalkan kolestrol pada paras yang sihat - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan penyakit skurvi.

Antara SIMPTOM KEKURANGAN Vitamin C  dalam badan:

Mudah tertekan / Stress - sering rasa letih dan lemah

Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar

Luka yang lambat sembuh, kalau berlaku pendarahan lambat berhenti

Mudah selsema / bersin

Wajah nampak tua dari usia 

Mudah dapat ulser

Mudah demam / antibodi tak kuat

Gusi berdarah

Salur darah mengecil

Sakit sendi

Tanda lebam pada badan weight loss (bukan kurus yang sihat tetapi kurus yang tak sihat, akan kelihatan lemah dan kusam)

Perbezaan Sustained Released Vitamin C by Shaklee dengan Vitamin C yang ada di pasaran:
Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg.. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement vitamin C. Ini bertujuan untuk mengelakkan salur darah dari bocor, meningkatkan fungsi vitamin C, mengelakkan vitamin C dari cepat teroksida dan merosakkan sel.
Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah (*chewable Vitamin C yang boleh diambil oleh kanak-kanak atau orang dewasa yang tak boleh telan tablet)
Tiada pembaziran kerana semua vitamin C akan digunakan oleh badan. Sustained Release Vitamin C by Shaklee ini dihasilkan secara unik kerana ianya dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan-lahan mengikut keperluan. 

Pelepasan Vitamin C adalah secara perlahan-lahan dan berterusan setiap 5 jam dalam tempoh 24 jam di mana setiap 5 jam sebanyak 100mg daripada 1 biji tablet (mengandungi 500mg Vitamin C) yang bersamaan 7 1/2 biji oren dilepaskan ke dalam badan.

VITAMIN E COMPLEX


Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium. Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 


Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro-Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.



Pengambilan vitamin E bersumber semulajadi adalah sangat penting. Ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.


Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. 

Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 

Mengapa kita perlu memilih sumber yang asli? 

Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik dan penyebab kepada wujudnya sel yang abnormal dalam badan. Vitamin E semula jadi menjaga sel dan DNA daripada rosak di mana kerosakan ini  lah yang boleh mengundang kepada penyakit kanser.
Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semula jadi dan 10mcg selenium untuk membantu dalam memelihara kesihatan baik. Vitamin C Shaklee juga adalah tanpa sebarang perasa, pewarna atau pemanis tiruan. 


Vitamin E sesuai untuk diambil oleh lelaki, perempuan, ibu menyusu, dan ibu berpantang.



Secara ringkasnya, VITAMIN E bertindak untuk :


Mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan juga untuk awet muda (kulit lebih tegang dan anjal, bertindak sebagai anti-penuaan)

Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu 

Sebagai rawatan semasa PMS dan mengawal simptom Menopause

Mengurangkan parut jerawat dan jeragat (juga stretch mark selepas bersalin)

Menyembuhkan luka atau kesan lecur dengan lebih cepat (sapu minyak Vitamin E pada bahagian yang luka atau melecur)

Meningkatkan kesuburan untuk lelaki dan juga wanita 

Kulit dan rambut sihat, menjadi lebih cantik dan lebat 

Merawat masalah keintiman 

Merawat masalah seksual lelaki 

Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi

And yang paling best vitamin E ni ditambah dengan GRAPE SEED EXTRACT yg menambahkan lagi khasiatnya khusus untuk kulit yang CANTIK, SIHAT and GLOWING!

Untuk order secara ONLINE, boleh click di bawah :


Atau boleh whatsapp Fila terus di 0194617217

Afila Shaklee
Pengedar Sah Shaklee

Instagram & Facebook

Postage Setiap Hari
COD area Lunas, Kulim & Seberang Jaya


No comments:

Post a Comment

Holiday Di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut (Part 1)

Assalmualaikum & Salam Ceria semua! Agak bersawang dah blog nie sebab busy sesangat skrg nie..hehehe Entry kali nie dah berbula...