Tempat Makan Best Di Alor Setar


Salam ceria.

Entry nie di tulis sebab aku bangun kul 12.30pg (actually dah tido..pastu terjaga) dan dan aku lapar..bangun mkn sup sayur ja..kan diet atkins..chayok2!!!

Pastu layan cita ninja tv3 sambil karang entry ni..berkongsi khas dgn anda yg berkunjung ke Alor Setar.

Jom kita tinjau tempat makan yg paling best di sini (utk tekak aku la kan).



Gerai burger tepi Superstore, Jln Pegawai
Burger Daging Special ni kalo tauke dia buat mmg sedap..rasa sos dgn rempah sebati.


Pakcik Naik Motor, Tasik  Jln Suka Menanti
Nie aktiviti wajib kalo g mkn angin kat tasik..roti aiskrim yg sgt best...yummy!

Nasi Lemak Royale Hijau Kuning
Nasi nie kalo mkn saja pun dah sedap..selalu order ayam grg,telur masin,bendi  dgn kuah campur..tapi nak makan kena sabar sbb kena beratur panjang...hehehe



Siakap 3 Rasa

Ada 3 tempat yg best utk tekak aku ;)

1. Restoran Nelayan, Kuala Kedah
2. Sala Klasik, Alor Mengkudu
3. Restoran Sue Manja (jalan nk g Perlis)


Gerai kat Econsave, Jalan Gangsa

Laksa yg paling sedap kat Alor Setar (laksa teluk kechai xsedap sgt utk tekak aku ni)





Tesco Mergong (Foodcourt)
Sizzling mee yg sedap bila dimakan dgn cabai ceruk dan telur mata.


Tesco Mergong (Foodcourt)
Milo ais paling sedap kat dunia!


Roti Canai
Ada 3 tempat yg best

1. Gerai bawah pokok kat Sek Agama Islam Darul Aman (SRIDA)
2. Gerai kat masjid Aman bertentangan sebelah Petron
3. Gerai kat bank islam bertentangan jln sultanah bahiyah


Cucur Kodok
Ada 2 tempat yg best

1. Kopitiam Ukir Mall
2. Jln Putra dekat Kedai Yummie



Kedai Gulai Ikan Temenung, Kuala Kedah

Ada 2 menu yg best


Kuih seri muka yg best sebab original topping pandan..

Gulai ikan temenung..sedap makan dgn nasi panas2 dan sambal belacan.


Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah

Sotong goreng tepung paling best & rangup!


Nasi Ayam Tart 

Ada 2 menu yg berjaya tambat di hati ;)


Nasi yg rasa mcm pulut wangi..ayam dgn kicap sos manis sesuai utk kanak2.

Satay ayam paling best dgn kuih kacang paling sedap kat dunia!


Koew Teow Iman
Koew Teow di goreng dgn ala2 kicap manis..sedap dgn cabai jeruk dan telur mata


Restoran Zeefe,Jalan Pegawai

Selalu balik keje..perut tersangat la lapar walhal jarak rumah nak sampai kat rumah 5min lagi terus lajak mai restoran ni. Byk jgk menu yg tekak aku rasa sedap bagai! Nie menunya...


Ais kacang..best sbb ada kacang yg rangup!


Nasi goreng ayam...ayam tu bila nak makan baru tauke goreng..sgt rangup!


Cucur udang yg rangup dan kuih kacang yg sedap!


Nasi goreng kampung..ikan bilis yg rangup..wajib order dgn telur mata kerbau


Restoran Petai Belalang,Jln Alor Mengkudu

Tomyam campur nie rasa mcm ada santan ckit..best..sgt sedap bila hirup kuah tu...sedapnya!!




Ilmu Yang Bermanfaat

Assalamualaikum wbt.

Salam mlm Jumaat...hari yg penuh barakah ;)

Hari nie fila share ilmu yg bermanfaat dgn anda semua..

Di bawah nie adalah surah-surah yg mempunyai keistimewaan tersendiri.

Jom luangkan 10min baca apa yg fila share..hope u all suka ;)

Kelebihan dan Fadhilat Surah AL-KAHFI, SAJDAH, YAASIN, AD-DUKHAN, AL-WAQIAH, AL-MULK, AL-HASYR


SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

 SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat) 
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke-56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”

SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”




~ wasalam ~

Musim Sakura Di Kedah

SALAM SEMUA

Bersua kembali..chat ke?

2 minggu yang lalu Alor Setar dihujani dengan bunga  sakura...ermmm xpayah g Jepun dah kan..hehe...;)

Meh kita usha gambar-gambar yg dijumpai di "google"

Sgt cantikk..yg nie pemandangan di USM,Penang




~ JUMPA LAGI ~

Holiday Di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut (Part 1)

Assalmualaikum & Salam Ceria semua! Agak bersawang dah blog nie sebab busy sesangat skrg nie..hehehe Entry kali nie dah berbula...