Holiday Di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut (Part 1)

Assalmualaikum & Salam Ceria semua!

Agak bersawang dah blog nie sebab busy sesangat skrg nie..hehehe

Entry kali nie dah berbulan-bulan tapi nak jugak diri nie update..kihkih

8-10 April 2018 tarikh keramat aku menjejak kaki ke Swiss Garden Beach Resort Damai Laut yang terletak kat Lumut,Perak.

Akhirnya sampai jua..sbb tempat ni antara "WISH LIST OF MY DREAM 2018"

Kul 7 pagi aku & husband gerak dari Kulim. Sahaja la guna jalan kampung..nak tengok pemandangan kampung orang..cewahh tapi serius tak rasa cemuih sebab byk boleh usha pemandangan yg best2 berbanding naik highway..hehe

Dalam 3 jam tu,kami sampai..tak la rasa lama sangat.

Rasa badan still bertenaga sebab kami hanya breakfast dgn ESP dan ambik supplement Coqtrol-Plus shj.

Sebelum check in..sebab awal lagi..kami ke Teluk Senangin dulu. Kat sini ramai yg mandi manda & picnic. Tempat so far ok ja..angin sempoi2 bahasa gitewww


Dalam kul 2 ptg kami gerak ke Resort. Sepanjang ke resort, korang akan disajikan view pokok yg menghijau sahaja. Resort ni terletak di pendalaman sikit dan tempat memang private.

Sampai ja ke resort..masa na chek in..Subhanaallah view sangat la cantik.

Jom la usha gambar yang sempat aku snap..hehe



Sampai je bilik..kami terus g ronda area resort..hehehe














Nex day kami ambik angin di Pulau Pangkor.

Kami naik ferry kat Jetty Marina. Tiket seorang tak salah RM13. Perjalanan hanya ambik masa 10 min shj. Tak sempat nak panas punggung..hahaha

Sampai kat jetty, ramai kaki sewa moto & keta dok promote. Memandangkan kami hanya nak ambik angin dan balik petang tu jgk ke hotel..kami hanya sewa moto shj. Tak salah sewa dlm RM30 kot. Minyak isi sendiri..hahaha

Jom layan gambar yg sempat aku snap ka Pulau Pangkor.






Singgah kat sini ambik angin...





Singgah ke Masjid 1000 Selawat. Masjid ini di hiasi dengan selawat di sekeliling dinding. Rasa kagum & terpesona sangat.







Sebelum bertolak ke jetty..singgah beli ole-ole utk anak-anak buah & family.





bersambung...

6 KEPENTINGAN VITAMIN C DALAM BADAN


Biasanya jika kita sebut pasal Vitamin C, mesti terfikir untuk cantik je kan? 
Sebenarnya selain untuk kecantikan, ada banyak lagi kelebihan lain yang ada dalam vitamin C. Vitamin C merupakan salah satu vitamin asas yang wajib kita ambil setiap hari. 
"Vitamin C juga turut dikenali sebagai vitamin yang melakukan pelbagai kerja untuk badan."

6 KEPENTINGAN VITAMIN C DALAM BADAN

1. Sangat baik untuk melawan jangkitan. 

Ada orang yang sangat mudah jatuh sakit, tak kisah la batuk, selesma atau demam. Ini adalah disebabkan mereka mempunyai sistem imun tubuh yang sangat rendah.
Bila imun tubuh rendah, maka badan susah nak lawan jangkitan. Orang yang mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah amat mudah untuk dijangkiti sebarang penyakit walau hanya batuk dan selesma.
Jadi pastikan anda berusaha untuk tingkatkan sistem imun tubuh dengan mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari.

2. Mencantikkan Kulit

Kalau nak kulit yang berseri, cerah dan cantik pastikan makan Vitamin C. Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen. Sememangnya dalam tubuh kita dah ada kolagen. Ini kerana tubuh kita memang secara semulajadinya akan menghasilkan kolagen.
Tapi bila usia kita makin meningkat, terutamanya bila dah masuk umur 30an dan keatas penghasilan kolagen secara semulajadi akan semakin berkurangan. Sebaliknya akan berlaku kehilangan kolagen lebih kurang 1-4g/sehari.





Sebab tulah kita akan mula nampak garis-garis halus dan kedut sekitar mata. Garis senyum dan garis dahi juga semakin mudah dilihat.
Mengambil produk berasaskan kolagen amat elok untuk mengisi kembali lompong-lompong kolagen yang sudah hilang. Jika anda mengamalkan mana-mana produk kolagen, pastikan anda mengambil bersama-sama dengan vitamin C.
Kerana jika tidak diambil bersama-sama vitamin C, kolagen tidak akan dapat diserap secara optimum ke dalam badan.
Ingat! Vitamin C dan Kolagen adalah bestfriend. Jika makan kolagen tanpa Vitamin C, itu sia-sia. Sebaliknya, jika makan vitamin C tanpa kolagen, kira masih ok sebab badan kita masih mampu untuk hasilkan kolagen dari vitamin C yang kita makan tadi.
Jadi, penting tak untuk makan Vitamin C setiap hari anak-anak? 

3. Membantu Memusnahkan Radikal Bebas


Apa itu Radikal Bebas?
Radikal Bebas adalah salah satu punca utama penuaan kulit. Lebih menakutkan lagi, ianya adalah salah satu penyebab kanser. Radikal Bebas boleh terbentuk melalui beberapa faktor antaranya ialah gaya hidup yang tidak aktif, pemakanan yang tidak sihat, stress dan pencemaran.
Semua perkara diatas boleh menyumbang kepada pembentukan radikal bebas didalam badan.
Vitamin C sangat terkenal sebagai antioksidan. Ia berupaya untuk memusnahkan radikal bebas didalam badan kita.  Ia merupakan salah satu dari supplemen yang penting dalam melawan radikal bebas selain vitamin A dan Vitamin E.
Untuk perokok, anda sangat perlu untuk mengambil Vitamin C kerana aktiviti merokok itu sendiri sudah memusnahkan Vitamin C yang ada didalam badan anda.
Satu batang rokok yang anda hisap, boleh memusnahkan sehingga 50-100mg vitamin C dalam tubuh anda.
Persoalannya, berapa batang rokok yang anda hisap setiap hari?
Sama juga bagi anda yang bergaul dengan mereka yang merokok. Suami, rakan sekerja atau ahli keluarga yang merokok akan menjejaskan tahap kesihatan dan turut memusnahkan vitamin C dalam badan anda.

4. Membantu Memperbaiki Tisu Penghubung

Bila sebut pasal tisu penghubung, ia adalah berkaitan dengan kesihatan sendi kita. Ia membantu memperbaiki sel-sel kita termasuk tulang rawan, ligamen dan sebagainya.
Ini menjadikan Vitamin C sebagai salah satu supplemen yang penting untuk membantu mereka yang mengalami masalah Sakit Sendi. Ini disebabkan oleh kebolehan vitamin C untuk membentuk kolagen. Di mana kita sedia maklum, kolagen sangat penting untuk kesihatan sendi , masalah sakit lutut, ligamen terkoyak dan sebagainya.

5. Melindungi Salur Darah

Keupayaan vitamin C sebagai antioksidan membuatkan ia mampu melindungi salur darah kita daripada teroksida. Dalam erti kata lain, salur darah kita akan menjadi lebih anjal dan sihat.
Bila salur darah sihat dan anjal, pengaliran darah di dalam salur darah akan lebih baik. Bila darah mengalir dengan baik, tekanan darah kita juga akan menjadi normal dan sekaligus kita akan lebih sihat. Nampaknya mereka yang mempunyai masalah darah tinggi wajib makan vitamin C!

6. Membantu Penyerapan Zat Besi Dengan Lebih Baik

Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih optimum  ke dalam badan. Jika anda ingin memastikan keperluan zat besi anda mencukupi, pastikan anda mengambil tablet zat besi bersama-sama dengan vitamin C.

Terutamanya bagi ibu yang sedang hamil dan 

mengalami masalah low HB, pastikan anda mengambil 

vitamin C anda setiap hari. Jangan culas tau!


Apakah perbezaan Sustained Release Vitamin C Plus dan supplement Vitamin C lain?

☘️ Shaklee menghasilkan Vitamin C dari kanji jagung (corn starch) yang merupakan sumber asli Vitamin C.

☘️Kaedah Sustained Release ini membolehkan vitamin C diserap ke dalam badan sepanjang 5 jam untuk memastikan badan anda mengandungi Vitamin C disaat anda memerlukannya. Ia bersamaan dengan pengambilan 1.5 biji oren setiap jam selama 5 jam!!

☘️ SR Vitamin C ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex. Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin C.


Untuk order secara ONLINE, boleh click di bawah :


6 KEPENTINGAN VITAMIN C DALAM BADAN

Atau boleh whatsapp Fila terus di 0194617217

Afila Shaklee
Pengedar Sah Shaklee

Instagram & Facebook

Postage Setiap Hari

COD area Lunas, Kulim & Seberang Jaya


Thank You For Reading!






7 SEBAB MENGAPA SUPPLEMENT ATAU VITAMIN PENTING UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

Assalamualaikum & Hai semua.

Untuk kali nie Fila nak share pada korang mengapa supplement atau vitamin sangat penting untuk tubuh badan manusia.

 1) Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2) Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tub

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Oleh itu setiap manusia memerlukan vitamin di dalam tubuh badan. 

Di dalam produk Shaklee ada pelbagai vitamin yang di tawarkan. Antaranya adalah :

VITA-LEA


Vita-Lea adalah sejenis multivitamin and multimineral yang berupaya untuk melengkapkan nutrisi yang badan kita perlukan.

Bukan semua orang makan tiap-tiap hari ikut skema piramid makanan right? Let say lah hari nih kita makan lauk ayam, sayur and nasi. Ayam makan sampai dua ketul sayur pulak ambilnya sikit jer. Nampak tak kat situ dah tak seimbang? Buah-buahan tak makan. Di sini lah pentingnya kita ambil supplement sebagai pelengkap nutrisi.

Macam saya sendiri, sejak mengamalkan Vita-Lea nih badan terasa lebih bertenaga semasa berpuasa dan kurang rasa lapar. Tipu laa kalau kata tak letih langsung tapi sememangnya kurang letih and kurang rasa lapar seperti puasa-puasa tahun sebelumnya. Syukur Alhamdulillah.. Bila badan rasa lebih fresh macam nih for sure lah nak share dengan uols kann :)

Kelebihan Vita-Lea Shaklee

  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun berkerja seharian
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran semata (vegetarian) dan juga anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisme - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Secara umumnya, Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang.  Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi keperluan hampir keseluruhan badan kita. Berikut antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:


Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
  • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
  • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
  • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
  • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
  • Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
  • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
  • Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan iodin ini ada dalam Vita-Lea).

Selain itu juga, Vita-Lea adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim di mana even if kita kurang makan sebab diet, pengambilan Vita-Lea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang. Pregnant ladies and breastfeeding mommies sangat digalakkan untuk mengamalkan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi bagi mereka dan adalah penting untuk tumbesaran anak.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

OMEGA GUARD


Di dalam Omega Guard Shaklee ada terkandungnya Omega-3. 

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Antara Fungsi EPA:
 Mencegah penyakit berbahaya melibatkan sel
 Mencegah pembekuan darah
 Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
 Baik untuk kesihatan jantung
 Menghindar tekanan perasaan 

Antara Tugas DHA:
 Sesuai untuk pesakit asthma
 Meningkatkan daya seksual
 Mencegah sakit kulit
 Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
 Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?

MELINDUNGI JANTUNG

Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

 Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

ULTRARULEN & BERGRED FARMA SEUTIKAL

 Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semula jadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi.

EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

(Sumber : Shaklee Malaysia)


OSTEMATRIX


Kenapa Shaklee punya Calcium pills jauh lebih baik daripada yang lain?

Apa kelebihannya?


Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.


Manfaat Utama OsteMatrix Shaklee :
  • Menguatkan tulang – Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga m erawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas – Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress – Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid – Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh – Kalsium adalah mineral alkali, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula, kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi. Pengalkalian tubuh juga dapat memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
  • Vitamin D: Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.
  • Magnesium : Ini adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zinc, boron, manganes, kuprum: Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.
Bagaimana memilih kalsium premium?
Pilih lah produk yang ada vitamin D dan magnesium.

Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.

Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam peroses menyerap mineral

VITAMIN C 



Antara MANFAAT UTAMA pengambilan Vitamin C :

Merangsang Pembentukan COLLAGEN - Collagen ialah sebatian asas bagi otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab utama kepada masalah gusi berdarah, lebam pada kulit, lambat pulih dari kecederaan atau luka, kulit kering, ruam dan kulit kasar serta bersisik.

Meningkatkan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, meningkatkan pemulihan alergi pada hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

Memerangi CANCER - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan lebih berkesan.

Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kepada masalah jeragat.

Memperbaiki Insomnia - Vitamin C memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. Secara ringkasnya Vitamin C bertindak sebagai Anti-Stress.

Mengekalkan kolestrol pada paras yang sihat - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan penyakit skurvi.

Antara SIMPTOM KEKURANGAN Vitamin C  dalam badan:

Mudah tertekan / Stress - sering rasa letih dan lemah

Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar

Luka yang lambat sembuh, kalau berlaku pendarahan lambat berhenti

Mudah selsema / bersin

Wajah nampak tua dari usia 

Mudah dapat ulser

Mudah demam / antibodi tak kuat

Gusi berdarah

Salur darah mengecil

Sakit sendi

Tanda lebam pada badan weight loss (bukan kurus yang sihat tetapi kurus yang tak sihat, akan kelihatan lemah dan kusam)

Perbezaan Sustained Released Vitamin C by Shaklee dengan Vitamin C yang ada di pasaran:
Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg.. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement vitamin C. Ini bertujuan untuk mengelakkan salur darah dari bocor, meningkatkan fungsi vitamin C, mengelakkan vitamin C dari cepat teroksida dan merosakkan sel.
Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah (*chewable Vitamin C yang boleh diambil oleh kanak-kanak atau orang dewasa yang tak boleh telan tablet)
Tiada pembaziran kerana semua vitamin C akan digunakan oleh badan. Sustained Release Vitamin C by Shaklee ini dihasilkan secara unik kerana ianya dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan-lahan mengikut keperluan. 

Pelepasan Vitamin C adalah secara perlahan-lahan dan berterusan setiap 5 jam dalam tempoh 24 jam di mana setiap 5 jam sebanyak 100mg daripada 1 biji tablet (mengandungi 500mg Vitamin C) yang bersamaan 7 1/2 biji oren dilepaskan ke dalam badan.

VITAMIN E COMPLEX


Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium. Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 


Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro-Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.



Pengambilan vitamin E bersumber semulajadi adalah sangat penting. Ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.


Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. 

Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 

Mengapa kita perlu memilih sumber yang asli? 

Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik dan penyebab kepada wujudnya sel yang abnormal dalam badan. Vitamin E semula jadi menjaga sel dan DNA daripada rosak di mana kerosakan ini  lah yang boleh mengundang kepada penyakit kanser.
Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semula jadi dan 10mcg selenium untuk membantu dalam memelihara kesihatan baik. Vitamin C Shaklee juga adalah tanpa sebarang perasa, pewarna atau pemanis tiruan. 


Vitamin E sesuai untuk diambil oleh lelaki, perempuan, ibu menyusu, dan ibu berpantang.



Secara ringkasnya, VITAMIN E bertindak untuk :


Mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan juga untuk awet muda (kulit lebih tegang dan anjal, bertindak sebagai anti-penuaan)

Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu 

Sebagai rawatan semasa PMS dan mengawal simptom Menopause

Mengurangkan parut jerawat dan jeragat (juga stretch mark selepas bersalin)

Menyembuhkan luka atau kesan lecur dengan lebih cepat (sapu minyak Vitamin E pada bahagian yang luka atau melecur)

Meningkatkan kesuburan untuk lelaki dan juga wanita 

Kulit dan rambut sihat, menjadi lebih cantik dan lebat 

Merawat masalah keintiman 

Merawat masalah seksual lelaki 

Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi

And yang paling best vitamin E ni ditambah dengan GRAPE SEED EXTRACT yg menambahkan lagi khasiatnya khusus untuk kulit yang CANTIK, SIHAT and GLOWING!

Untuk order secara ONLINE, boleh click di bawah :


Atau boleh whatsapp Fila terus di 0194617217

Afila Shaklee
Pengedar Sah Shaklee

Instagram & Facebook

Postage Setiap Hari
COD area Lunas, Kulim & Seberang Jaya


5 SEBAB KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE?


Assalamualaikum & Hai semua.

Dalam banyak-banyak bisnes, kenapa fila pilih Bisnes Shaklee Online? Kenapa fila tak pilih bisnes Shaklee Offline je? Lagipun banyak je bisnes lain selain daripada bisnes Shaklee kan?



5 Sebab Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee Online?

1.Kedai Shaklee Online boleh bukak 24 jam. 
Takde limit masa. Customer boleh masuk kedai online nie ikut masa mereka masing-masing.Ada yang suka masuk kedai waktu pagi, ada yang suka tengah hari, ada yang suka malam dan tengah malam pun ramai jugak tau ?
2. Flexible
Walapun Fila tengah tido atau tiada di depan pc tapi bisnes shaklee online Fila  tetap jalan.Kalau Fila pergi bercuti pun bisnes berjalan macam biasa jugak. Tak kira la ceruk mana pun kami pergi dan walaupun tempat tu takde internet pun takpe.  Janji customer tu ada internet. hehe
3. Target market lebih luas. 
Sebab capaian bisnes Shaklee Online lebih besar. Boleh cover seluruh Malaysia termasuk negara Brunei, Singapura dan negara lain sekali tau.
4. Bila Fila pilih bisnes Shaklee online bukan bermakna Fila tak boleh buat bisnes Shaklee offline
Dua-dua pun boleh. Sebab teknik dan ilmu bisnes Shaklee online Insyaa Allah dah boleh cover offline sekali.Cuma untuk  yang buat bisnes Shaklee offline belum tentu boleh buat online sebab ada banyak ilmu-ilmu special bisnes online yang diorang tak cover.
5. Dah nama pun bisnes shaklee online kan? So, haruslah ada coaching online jugak. 
Group kitorang siap ada webinar dan telegreminar lagi tau. Haa?Apa kebendanya tu? Kena la join team ohsem kami dulu. Hehe
Nak tau caranya? 
Jom sertai team kami. Tips dan teknik ni exclusive untuk team  kami je.
Nak Daftar Ahli Shaklee sekarang juga?

Whatsapp : 0194617217
Facebook & Instagram : afilashaklee.distributor

AFILA SHAKLEE
Pengedar Sah Shakleeafilashaklee.distributor
COD area Lunas,Kulim & Seberang Jaya.
Postage Everyday


Holiday Di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut (Part 1)

Assalmualaikum & Salam Ceria semua! Agak bersawang dah blog nie sebab busy sesangat skrg nie..hehehe Entry kali nie dah berbula...